Zaman teknologi canggih ni, semua benda di hujung jari. Semua senang. Paling ketara, kalau nak sesuatu barang atau servis, buat je payment online. Kat sini ema nak cerita, sama je senangnya kalau korang nak buat Emirates air ticket booking, fuhh senang tak boleh bincang!

Takyah pergi bank melainkan kad debit korang kosong. Hahaha. So sebelum nak book tu make sure akaun bank gemoks (banyak duit) atau kad kredit aktif supaya tak sangkut time nak buat payment. Setiap airline ada website tapi website yang ema nak korang try nama dia Traveloka, sangat best untuk kaki travel. 

Dekat Traveloka korang boleh buat online booking, katakan korang nak book flights to Hong Kong online, korang kena buat ikut step macam kat bawah ni:
  • Buka Traveloka web atau apps, search dulu Emirates
  • Isikan detail macam destinasi yang korang nak pergi contohnya Hong Kong, cari tarikh yang korang plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan. 
  • Click search flight, dan orang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang korang pilih tu. 
  • Pilih nak yang mana satu, isi detail passengers, lepas tu buat payment (ada banyak cara, paling senang guna online banking atau kad kredit). 
Kalau semuanya okay korang akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka korang atau email. Simpan bebaik dan jangan hilangkan tau! Sebab e-ticket nilah proof masa nak check in kat airport nanti.


Emirates ni kalau korang perasan ada banyak sponsor kelab bolasepak seluruh dunia. Diorang ni adalah airlines yang agak famous dan berkualiti dari middle east sejak tahun 1985. Sekarang ni diorang boleh terbang ke 150 destinasi. Ada 3 jenis seating class yang korang boleh pilih. 
  1. Economy Class diorang agak selesa dan korang boleh request selimut kalau nak. 
  2. Business Class lak seat dia korang boleh baringkan dan screen lagi besar. 
  3. First Class paling best kalau korang ada bajet tinggi sebab sangat selesa, screen untuk korang tengok movie pun besar, boleh dapat perfume dan kalau travel jauh nak minta penutup mata pon boleh. Betul-betul macam orang kaya dah ni. Hahaha



Hong Kong terkenal dengan banyak tempat yang menarik walaupun diorang adalah pulau yang kecik. Korang boleh pergi bercuti kat sana sebab best gak. Pernah ke Hong Kong tapi tak pernah singgah ke Victoria Harbour? Korang wajib patah balik!

Victoria Harbour (siang), sumber gambar dari google.

Victoria Harbour ini adalah sebuah tarikan yang sangatlah terkenal di sini. Boleh jenjalan kat tepi air sambil tengok pemandangan bangunan-bangunan ikonik seperti Convention Center, IFC Two Tower, Bank of China dan bangunan HSBC. 

Selain pemandangan bangunan-bangunan pencakar langit, pemandangan waktu malam pun best gilerrr! Kapal-kapal besar kontena dan pelayaran dapat dilihat di sekitar Victoria Harbour. Ada pulakk show yang sangatlah luar biasa mengujakan, A Symphony of Lights yang merupakan sebuah pertunjukan yang mendapat anugerah Guinness Book of Records.

Victoria Harbour (malam), sumber gambar dari google.

Hong Kong Space Museum pulak merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Hong Kong.  Bangunan dengan kubah berbentuk seperti telur ini memiliki keluasan sebesar 8000 meter persegi. Terbahagi kepada 2 bahagian / wings – timur dan barat. Bahagian timur menempatkan tarikan seperti Stanley Ho Space Theatre, Hall of Space Science dan OMNIMAX projector room. Manakala di bahagian barat muzium ini pula terdapat Hall of Astronomy, Lecture Hall, Gift Shop dan Resource Centre.

Hong Kong Space Museum, sumber gambar dari google. 

Tak kisahlah kat mana pun korang bercuti, jangan lupa untuk melawat taman botani dan zoo negara tersebut. Sama jugak kat Hong Kong, semua ini telah digabungkan menjadi satu di Hong Kong Zoological and Botanical Gardens. 

Tarikan taman botani ini sebenarnya merupakan yang tertua di wilayah ini, mula diwujudkan pada tahun 1860, dan dibuka sebahagiannya pada tahun 1864, taman Botani di sini mula siap sepenuhnya dan dibuka kepada orang awam pada tahun 1871. Pada awalnya ia digunakan untuk mengumpulkan dan menjalankan kajian tentang jenis-jenis tumbuhan, tapi bermula dari tahun 1876, taman ini mula mengumpulkan koleksi pelbagai jenis haiwan mamalia dan burung sehinggalah ianya ditukarkan nama seperti yang dikenali sekarang pada tahun 1975. 

Hong Kong Zoological and Botanical Gardens, sumber gambar dari google. 

Amacam? Bestkan baca tempat best kat Hong Kong. Tu baru baca, belum bebetul jejak kaki kat sana. Siapa cakap Hong Kong tak banyak tempat yang best? 

Jom korang travel kesana, tempat tiket kapal terbang anda di Emirates sekarang.

4 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post