Kali pertama jejakkan kaki di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam pada 25hb January, iaitu hari pertama Program Nak Ubah Hidup (NUH), ema kagum melihat peserta yang hadir. Sangat ramai! Ofkos masing masing ada misi nak membina kehidupan yang lebih baik, termasuklahh ema.

01b NUH Program Nak Ubah Hidup 2020 01 _ ematunz _ fezty edayu kemel + lamour exclusive
Boleh pulakk terserempak dengan member sekampung. Happy tengok semangat berterusan Fezty Edayu, owner wangian L'amour Exclusive ni semakin menempa kejayaan.

Percaya atau tidak, RAMAI ORANG HIDUP DENGAN MASALAH YANG SAMA. Setiap hari setiap bulan dan setiap tahun. TAPI, kita dah terbiasa dengannya dan tak sedar sebenarnya hidup kita bermasalah! Berhenti sekejap dan fikir, apakah impian hidup kita yang sebenarnya?

NUH sememangnya suatu program motivasi luar biasa yang ema pernah hadir.

Apabila mendapat peluang menghadiri program camni, ema tak lepaskan peluang. Berada dalam circle positif dah cukup membawa kita berimpian mencapai cita, apatah lagi bila kita bersama menyerap ilmu yang disampaikan dengan hati yang lapang, sepanjang program dijalankan.

Dalam berbelas ribu peserta yang hadir, tanpa disengajakan, ema berselisih dengan bigboss SexyCurve, Bie Farah (berbaju merah). Gambar bertiga tu pula, ialah bekas majikan ema iaitu Ridhwanul dan Atiqah, pemilik EZdoorgift. 

Entry kali ni, ema nak kongsi 5 perkara menarik berkaitan NUH2020. Ada apa dengan Nak Ubah Hidup ye?

(1) Berlansung selama 3 hari berturut-turut : NUH dijalankan pada 25hb hingga 27hb Januari, jatuh pada cuti raya Cina iaitu Sabtu hingga Isnin, dari pagi sampai ke malam. Kat sini kita dah tahu, semangat peserta yang join program ni. Disaat kawan kawan lain memilih bercuti bersama keluarga, mereka pilih berjuang untuk memperbaiki kehidupan.

(2) Sebanyak 13,000 peserta telah mendaftar program NUH2020 : Mereka datang dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Mujurlahh terdapat banyak kemudahan dan tempat penginapan berdekatan yang mampu menampung keperluan peserta.

(3) NUH telahpun dijalankan selama 12 tahun (2008-2020) : Sepanjang tempoh ini, semakin ramai orang faham bahawa dengan berbisnes, dapat meningkatkan tahap pendapatan. Namun, masih terdapat juga yang berniaga semberono. Oleh sebab itulah, program sebegini dianjurkan berulangkali untuk menyebarkan ilmu dalam peniagaan dan kehidupan.

(4) NUH dianjurkan oleh RichWorks International. Pengasasnya, iaitu Dr Azizan Osman bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa. Cabaran dan kegagalan yang beliau alami, telah dijadikan sebagai dorongan untuk membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN).

(5) Meriah dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, perdana menteri Malaysia. Kehadirannya dilihat membangkitkan semangat untuk menaiktaraf ekonomi dikalangan bumiputera.

Jualan jutaan ringgit telahpun dicapai oleh ramai anak didik Dr Azizan Osman, termasuklah usahawan luar bandar.  Walaupun berniaga hanya biasa biasa saja, jual kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow, namun dengan ilmu yang betul, jualan jutaan ringgit bukan hanya mimpi.

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah:

Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty  Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

Siti Noor Sabrina dari Mamasab Bakery  Beliau menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail dari Oli Collection  Beliau hanya menjual cadar dan telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.


TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program kami adalah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.


Titanium RichWorks

Program High Net Worth Coaching adalah Program “Mentoring Membership” setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk kembangkan bisnes 10X ganda secara luar biasa. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan.

Sejak 2015, menerusi program Mentoring Titanium RichWorks, Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun.

Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi.


SPIRE RichWorks

SPIRE adalah Program “Mentoring Membership” setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang.

Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.”

Antara industri yang dipelopori oleh Anak Didik Dr Azizan Osman termasuk:
1. Fesyen dan pakaian
2. Kesihatan dan kecantikan
3. Makanan dan minuman
4. Pendidikan dan latihan
5. Perkhidmatan profesional (doktor / peguam / akauntan / dan lain-lain lagi)
6. Perkhidmatan kewangan, insurans atau takaful
7. Pembinaan / kejuruteraan / telekomunikasi / pembekalan
8. Perladangan dan pertanian

Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini sejak SPIRE ditubuhkan pada November 2018 telah mencecah lebih RM350 juta setahun.

Kalau korang berminat jugak nak join next program "Nak Ubah Hidup" boleh layari laman web www.NakUbahHidup2020.com.

2 Comments

  1. shu tag ema https://www.shuhaidasaad.com/2020/02/giveaway-wang-tunai-rm1000-by-mamapipie.html

    ReplyDelete
  2. Wah! hebatnya sambutan moga bertambah ramai lagi usahawan melayu yang berjaya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post