Terkejut dengan pengambilan kalori Eina Azman setiap hari, patutlah kurus langsing!


Ini merupakan salah seorang retis kegemaran ema. Selain wajahnya pan-asia, cantik dan pandai bergaya, Eina Azman sering kongsikan resepi dan cara memasak kat IG hampir setiap hari. Tangg ni yang ema paling suka stalker dia. Haha. 

Yela kita sebagai suri rumah, kalau takde idea nak masak apa, mesti la google cari resepi. Ema tengok IG Eina je dah boleh dapat idea nak masak apa tau. Selain video memasak, sesekali Eina kongsikan gambar OOTD yang pasti mencuri perhatian netizen dengan tubuh badannya yang kurus dan langsing. Cantik wehhh! 

Tertarik untuk membaca komen, ema terkejut dengan pengambilan kalori Eina setiap hari. Rupa rupanya hanya 800kcal maximum! Yes awak, hanya 800kcal maximum! Perghh peluh tiak mak.


Maka, dengan pendedahan yang dibuat sendiri oleh tuan badan, pengakuan tersebut telah menimbulkan suasana 'terkejut beruk' netizen terutama golongan wanita yang dah lama nak SELIM tapi tak menjadi. Termasuk la saya, Hahahaa. 


No wonder la susuk tubuh dia macam tu. Terus terang bagitahu, nak makan minimum 1000kcal pun susah tau. Di usia 30+ ni, ema sendiri perlukan 2050kcal untuk aktiviti seharian dengan berat 61kg (Hari pertama diet). Korangg boleh cek anggaran kalori uols perlukan:Ema ambil tahu pasal kalori ni pun sejak buat Diet Intermittent Fasting 100 hari. Sekarang baru hari ke-5 jauh lagi perjalanan ye, dijangka tamat awal bulan 6. Takde target nak capai berat berapa pun, asalkan dapat buat IF ni 100hari kira capai misi la tu.

Ema kongsikan journey IF kat status FB dan IG kalau rasa nak skodeng, dipersilakan. Hihii. Terima kasih sudi baca sampai habis. Follow ema di FB: ematunz dan IG: @ematunz

3 comments:

Powered by Blogger.