Tona kulit sekata dengan masker kunyit campur lemon.


Bila gabungkan dua bahan ni, uols boleh buat sendiri masker tanpa kos mahal.

Masker ini dapat buang kotoran dalam liang roma, menghilangkan bekas atau parut serta menjadikan kulit lebih segar & awet muda.



Cara membuatnya:

- Belah dua lemon, kemudian perahh jus nya.
- Campurkan dengan dua sudu serbuk kunyit.
- Gaul rata kemudian tepek ke muka.
- Biarkan 20 minit kemudian bilas.

Uols akan nampak perubahannya dalam masa beberapa hari je tau. Wahh best kan?




ADA APA DENGAN LEMON DAN KUNYIT

LEMON kaya dengan Vitamin C iaitu antioksida semulajadi. Khasiat ini membantu hilangkan racun yang terperangkap bawah lapisan kulit. Sebab tu juga, kita digalakkan minum air suam bercampur perahan lemon untuk bersihkan kotoran dan toksin dalam badan.

KUNYIT pula bahan mesra alam, banyak digunakan untuk tujuan masakan. Selain itu, dijadikan ubat tradisional masalah kulit.

No comments

Powered by Blogger.