Edit video cara Ematunz, sesuai untuk iklan 10 ke 15 saat.

Alkisahnya saja buat video review suka suka, pastu kongsi kat IG personal @ematunz. Hah dah alang alang tu sila tekan butang follow ye. ** ambik kesempatan.

Jujur bagitahu, ema takde background media apa kebenda tu, cuma suka edit edit gambar guna phone, guna laptop. Edit sekadar hobi semata mata atas tujuan menghiburkan hati. 


Boleh tengok video ema buat >disini< ada 26 video.

Lepas upload video pertama, ada yang minta tolong buatkan. Sanggup bayar RM10 untuk video 10saat. Bukan 10minit, tapi 10 saat. Lepas tu ema up RM20 pulak, pun ada yang bayar.

Up punya up, sampai laaa dah beberapa kali ema terima bayaran 50 hengget untuk satu video. Paling syok, ema terima barang sebagai hadiah bernilai hampir RM300. Barang best pulak tu, aumm rugilaa kalau tak ambik kans. Hihi


Edit video cara Ematunz, sesuai untuk video iklan 10 ke 15 saat.

Selain dapat mesej minta buatkan video, ema juga terima mesej cinta bertanyakan 'cara buat'. Selalu yang tanya ni memang nak jimat. Takpe, paham tuu. Ema pun macam kamu juga. Hehe. Kadang nak cuba benda baru, sesekali nak cuba buat video sendiri dengan cara yang lebih kreatipp.

Jadi, kat entry ni, ema kongsikan terus cara buat video iklan 10 ke 15 saat. Nanti cuba buat sendiri. Agak agak tak rajin nak buat tu, barulahh bagi upah kat ema ya. 


Step 1: upload apa apa apps buat video (ikut keselesaan) yang boleh support image. Ema guna Splice, err guna kat iphone, kalau android tak pasti boleh support atau tak 😁


Step 2: ambil apa apa gambar pada kedudukan sama. Ambil gambar setiap kali gerakkan objek. 

Step 3: masukkan setiap gambar yang kita ambil tadi kat apps tu. Adjust "transition duration" dengan "photo duration" (yang ni ikut sukati nak laju ke selow, ema selalu set yang paling sikit. Bila set paling sikit, maka pergerakan nya akan jadi yang paling laju.)

*** Kalau selow, 10 gambar untuk 10 saat pun cukup dahhh, faham ke tu?

Itu kalau ambil gambar terus buat video macam video atas ni. Snap 20 ke 30 gambar, terus buat video pun boleh, senang je tu. Tapi, kalau nak letak background belakang, kena la edit dulu kat laptop. Sebab buat kat phone memang leceh.

Edit video cara Ematunz, sesuai untuk video iklan 10 ke 15 saat.

Biasanya ema edit gambar gerak gerak ada background kat word atau powerpoint, lepas tu screen shot jadikan fail "img". Lepas tu transfer ke phone dan edit terus ke dalam Splice. Dah siap!

Ingat ya sayang, nak senang, terus je snap. Cuma kena pastikan background sama, kamera wajib statik takleh gerak sikit pun. Kalau ada tripod lagi bagus.

Ema guna salotepp je lekat kat tingkap. Hahahahaa. Setiap kali alihkan barang, kena amik gambar. alih barang tu sikit sikit tau supaya nampak pergerakan.

Rasanya dah habis terangkan. Harap jelas la ye. Ada apa apa persoalan, tinggalkan komen dibawah. Terima kasih sudi baca sampai habis.

12 comments:

  1. Wahh rajinnya buat stop motion video mcm tu.. Menarik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou, baru nak belajar belajar je ni

      Delete
  2. ni kena cuba dulu, ema..ema explain ni, x baper nak tangkap...

    ReplyDelete
  3. Suka tengok video ema tapi x rajin lagi nak buat camni..hahaha

    ReplyDelete
  4. Menarik. Boleh try nanti. tq sharing

    ReplyDelete
  5. nak cuba jugak la.. dah lama nak buat video ni.. thank tau sbb sudi share

    ReplyDelete

Powered by Blogger.