12 resepi sardin yang buatkan anda terliurrr!


Sardin ni adalah makanan yang paling versatile, masak cara apa pun mesti sedap rasanya. Jadi, bagi anda yang dah buntu tak tahu nak masak apa menggunakan sardin, boleh ikut resepi d bawah. Dijamin cepat, mudah Dan Lazat!





1) Sardin Kasturi

Bahan:
1 Tin Sardin
1-2 Biji Bawang Besar (dihiris bulat-bulat)
Cili Api (secukup rasa)
8-10 Biji Limau Kasturi
Kicap lemak manis

Cara-cara:
Goreng bawang dan cili sehingga naik bau.
Tuangkan sardin berserta sos tomatonya sekali.
Perahkan limau untuk dapatkan jus asamnya.
Jika anda suka, anda boleh hancurkan sedikit isi ikan sardin.
Taburkan garam sesedap rasa. Curahkan sedikit kicap lemak manis.
Jika anda mahukan lebih sensasi rasa masam, boleh campurkan beberapa potong tomato.

Nota: Limau kasturi digunakan untuk mengurangkan hanyir ikan sardin tersebut. Jika dapat menikmati masakan sardin asas ini dengan telur dadar memang menjilat jari habis!




2) Sambal Sardin

Bahan:
1 tin ikan sardin
Pes cili (cili kering yang telah siap dikisar)
1 biji Bawang Besar (dihiris bulat-bulat)
Air asam jawa
2 biji bawang merah (ditumbuk)
Halia (ditumbuk )
3 biji kentang (dihiris tebal dan digoreng)
1 biji lada besar
Kicap lemak manis
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing sebelum memasukan pes cili sehingga masak dan naik bau.
Masukkan pula air asam jawa. Biarkan ia sebati seketika.
Tuang sardin sekali dengan sosnya. Curahkan sedikit kicap lemak manis.
Kemudian, masukkan bawang besar dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu. Gaul sebati.




3) Sardin Masak Lemak Cili Api

Bahan:
1 tin sardin saiz besar
10 biji buah belimbing besi
1 batang serai (diketuk)
2 cawan santan pekat
1 biji tomato (dibelah 4)
Garam secukup rasa
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 cm kunyit (ditumbuk)

Cara-cara:
Masukan sardin dan bahan yang telah ditumbuk bersama serai, buah tomato, garam dan belimbing.
Biarkan ia merenih sebentar. Masukkan santan dan garam.
Kacau perlahan. Pastikan tidak naik minyak.
Hidang bersama nasi panas dan ulam-ulaman.




4) Sardin Goreng Halia

Bahan:
1 tin sardin bersaiz besar (asingkan sos)
4 batang cili masak (dibelah dua secara memanjang tanpa perlu membuang bijinya)
1 inci halia (dihiris halus-halus)
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
Air asam jawa secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menggoreng
Garam dan Ajinomoto secukup rasa

Cara-cara:
Panaskan minyak untuk menggoreng ikan sardin sehingga garing. Hati-hati kerana minyak akan meletup. Setelah selesai, alihkan ikan tadi.
Dengan menggunakan kuali dan sisa minyak gorengan ikan, tumiskan bahan hirisan sehingga wangi.
Tuangkan sos tomato sardin serta cili dan air asam jawa sesedap rasa. Masak sehingga sebati.
kacau perlahan supaya sardin tidak hancur. Masukkan secubit garam dan ajinomoto untuk perasa.




5) Baked Sardin

Bahan:
1-2 tin sardin bersaiz besar
santan pekat
Serai
Bawang merah
Cili merah
Kunyit & daun kunyit (jika ada)
Sedikit halia
Sedikit jus limau kasturi
Jintan manis dan ketumbar (jika ada)
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
Susun sardin di dalam loyang kaserol, curahkan kesemua bahan yang dikisar bersama (pastikan bahan tidak terlalu berair).
Bakar sehingga masak.
Hidangkan!




6) Roti Gulung Sardin 

Bahan:
1-2 tin sardin bersaiz besar
Bawang Putih
Cili Merah
Cili Api
Bawang Besar
Minyak menggoreng
Roti
Serbuk ‘bread crumbs’
Telur

Cara-cara:
Tumis bawang dan cili sehingga naik bau.
Masukkan sardin serta sosnya. Goreng sehingga masak. Boleh perahkan sedikit jus limau jika mahu rasa masam.
Gaul dan hancurkan isi ikan sardin supaya mudah untuk digulung rotinya kemudian.
Pukul telur dan taburkan sedikit garam.
Sediakan bread crumbs dalam bekas lain untuk mencelup roti.
Angkat campuran sardin yang telah masak.
Potong kerak roti dan nipiskan roti menggunakan kayu penguli doh.
Letakkan inti di bahagian tengah roti, gulungkan dengan rapi. (Jangan letak terlalu banyak takut gulungan terbuka semasa mengoreng.
Celupkan gulungan roti di di dalam telur dan serta-merta salut ia dengan bread crumbs
Panaskan minyak untuk teknik gorengan minyak penuh.
Masukkan gulungan dan goreng sehingga garing di kedua-dua bahagian gulung.
Makan ketika panas dengan sos atau begitu sahaja.

Nota: Inti sardin goreng tersebut boleh juga dijadikan inti sandwich. Hanya perlu sapu mayonis dan butter ke atas permukaan roti serta dihias dengan timun sebelum diapit dengan kepingan roti lain.




7) Telur Bungkus Sardin

Bahan:
4 biji telur
1 tin sardin bersaiz kecil (dihancurkan)
1 paket mix vege
Sedikit cili api (dipotong halus)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dipotong dadu)

Cara-cara:
Goreng telur dadar seperti biasa
Tumis bawang putih dan bawang besar
Masukkan sardin yang telah dihancurkan bersama sosnya sekali. Biarkan ia masak seketika.
Masukkan pula sayur campuran jagung, lobak merah dan kacang pis berserta tomato.
Letakkan campuran gorengan sardin di atas telur dadar sebelum membungkusnya.




8) Maggi Asam Laksa Sardin

Bahan:
2 paket Maggi perisa Asam Laksa
1 tin sardin (dihancurkan dan dibuang kuahnya)
Daun pasli (dicincang)
Bawang merah
Timun
Cili padi
Nenas
Telur Rebus

Cara-cara:
Masak Maggi seperti biasa, masukkan perencah dan sardin yang telah dihancurkan.
Hias hidangan dengan cili padi, bawang merah, daun pasli, timun, nenas dan telur rebus.




9) Nasi Goreng Sardin

Bahan:
Kacang panjang (dihiris kasar)
1 tin sardin bersaiz kecil
Pes cili (cili boh/cili kering yang dikisar)
Garam secukup rasa
Kicap lemak manis
1 biji telur
4 cawan nasi
Bawang besar (dihiris bulat-bulat)
Bawang merah (ditumbuk)

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak untuk menumis, masukkan bawang merah, bawang besar dan pes cili. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan sadin yang telah dihancurkan sedikit bersama kacang panjang. Goreng sehingga masak.
Pecahkan telur. Biarkan telur masak seketika (pastikan telur digireng elok takut hanyir nasi goreng anda nanti)
Gaul sardin dengan rapi, masukkan nasi.
Curahkan sedikit kicp lemak manis dan secubit garam untuk penambah perasa.




10) Asam Pedas Sardin

Bahan:
Pes Cili
Bawang merah 3-4 ulas (dikisar)
4-5 batang sayur bendi
Air asam jawa secukup rasa
1 biji tomato (dibelah 4)
Garam dan gula untuk perasa
Bunga kantan (dibelah dua)
Daun kesum
1 tin sardin bersaiz besar
8-10 butir halba untuk aroma

Cara-cara:
Tumis pes cili, bawang, halba.
Masukkan air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, tomato dan bendi.
Biar menggelegak dan bendi 1/2 masak.
Akir sekali masukkan ikan sardin yang telah diasingkan dari sos.
Taburkan secubit garam dan gula untuk perasa.




11) Sardin masak kicap

Bahan:
1 tin sardin Mackerel
5 ulas bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
1 biji bawang besar – hiris bulat
1 biji cili merah – hiris
5 biji cili padi
2 biji kentang – hiris nipis
Kicap
Gula

Cara cara:
Goreng kentang sehingga masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan ikan sardine sambil dibalik balikkan untuk menggoreng ikannya.
Masukkan sos ikan dan kicap. Masak sehingga mendidih. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili padi, cili merah.
Sebelum diangkat, masukkan kentang yang telah digoreng tadi.




12) Tomyam Sardin

Bahan:
1-2 tin Sardin
250 ml air
1 sudu cili padi dicincang
1 sudu makan lengkuas dicincang
1 sudu serai dicincang
1 sudu sos ikan
1 sudu jus Lemon / pes asam jawa
1 sudu daun ketumbar dicincang
Gula sebagai perasa

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Apabila air sedang mendidih masukkan serai dan lengkuas. Didihkan kembali selama 1 minit.
3. Tambahkan sardin, sos ikan dan cili, masak hingga mendidih. Tambah jus lemon juga daun ketumbar dan hidangkan.
4. Hidangkan bersama nasi.


RESEPI BONUS! Simple tapi so shedapp.

Bahan:
1 tin sardin bersaiz besar
minyak menggoreng
Bawang besar

Cara-cara:
Panaskan minyak untuk teknik menggoreng minyak penuh.
Asingkan sardin dari sosnya.
Apabila minyak telah betul-betul panas, goreng ikan sardin tersebut seperti ikan goreng biasa sehingga garing.
Toskan. Tabur bawang besar yang telah dimayang dan digorengkan terlebih dahulu sebelum menggoreng ikan tadi.
Siap! Tekstur ikan yang rangup diluar dan lembut di dalam tu pasti buat anda cair! Yummm!

Mesti ada di antara anda yang tak pernah terfikir bahawa sardin boleh digoreng begitu sahaja kan? Cubalah, dah rasa nanti, mesti anda nak buat lagi.

Jangan lupa singgah kedai beli sardin dalam tin sebentar lagi! Selamat mencuba!

Perkongsian ini diambil dari Dah Tau Ker

No comments

Powered by Blogger.