Tomato makanan kulit yang bagus, banyak khasiat.
Rawatan kulit boleh je dibuat di rumah. Tinggal nak buat dengan taknak aje. Yang pasti, inilah hobi Ema bila ada masa terluang, guna bahan dapur aje. Uolls tak perlu dah gi spa atau butik kecantikkan, mahal kot.
Antara bahan dapur yang dimaksudkan adalah TOMATO. Bukan hanya sedap, tomato juga boleh bagi zat secukupnya pada kulit. Ia juga terkenal sebagai buah yang banyak manfaat kesihatan & kecantikkan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
tomato dan susu (kalau payah benar nak dapat susu segar, guna aje la susu kotak okke)
Cara buat:
- Sebiji tomato pun dah cukup kalau besar macam bawah ni.
- Tumbuk guna lesung batu, tak perlu hancur. Untuk elakkan pedih bekas cili, alas lesung batu dengan plastik. Kangg pijar pulak muka uolls.
- Letak sedikit susu. Sedikit aje tau sebab nak buat paste pekat. Kalau terlalu banyak susu, paste akan jadi cair & tak melekat di muka.
- Ohya uolls boleh tapis halus tomato+susu tadi untuk kurangkan air. Air jangan buang, boleh minum & rasanya sangat sedap.
- Nak lagi best? Letak kat peti ais. Hehehee. Cara ni boleh kecilkan liang roma masa buat treatment muka nanti.
- Ok, dah jom start tepek ye. Lepas penuh satu muka, uolls tunggu la jap sambil ngadap tv.
- Dalam 20 ke 30 minit tu dah boleh cuci dengan air bersih. Time tu uolls fefelingg segar bugar tau, syok habis.
Nak lebih mudah?
Mehh cuba sabun bedak sejuk dan krim terapi [klik sini IG: cunlawa]. Sabun memberi pelindungan untuk kulit luaran uolls, krim pulak merawat masalah dalaman badan. Calit calit je, tapi kesan sampai kemuka.
Apa sebenarnya kebaikan tomato? Sangat banyak !
- Boleh makan macam tu aje untuk dapatkan nutrisi dalam kandungan airnya. Nutrisi dalam tomato melembapkan kulit. Ini kerana ia sarat dengan mineral, kalsium, vitamin A, vitamin C, flavonoid, vitamin B kompleks, tiamin, folat dan niacin.
- Bukan takat baik untuk kulit, tetapi menjaga kesihatan mata.
- Kandungan antioksidan (lycopene & zea-xanthin) dalam tomato mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas.
- Bersifat antikanser dan mengelak reaksi kerosakan akibat pemakanan harian dan alam sekitar yang kurang bagus.
- Memulihkan sel dan membina otot disebabkan kandungan protein dalam tomato. Pengambilan tomato setiap hari mampu melawan kerosakan sel pada tahap selular, seterusnya membantu kulit nampak lebih anjal dan kurang garis halus.
- Merawat liang roma terbuka. Caranya mencampurkan empat sudu jus tomato dengan satu sudu air, sebelum disapu ke seluruh muka menggunakan bola kapas. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci.
- Menyerikan wajah & membantu meratakan warna kulit. Caranya: gosok potongan tomato pada kulit sehingga jus menyerap ke dalam kulit.
- Biji tomato membantu melawan masalah penuaan pramatang. Caranya: menyapu tomato kisar ke wajah sebelum tidur dan hanya basuh keesokan paginya.
- Merawat jerawat dan ruam panas. Caranya: Belah tomato dan sapukan pada wajah ataupun sapukan isi tomato pada wajah dan biarkan kira-kira satu jam. Sapu secara konsisten mampu memberi kesan ketara.
- Mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah. Sebum terlalu banyak boleh menyumbat liang roma, seterusnya menyebabkan jerawat dan parut pada wajah. Tomato membantu mengurangkan masalah minyak berlebihan seterusnya kulit lebih licin dan bersih.
- Tomato bertindak sebagai pelindung matahari semula jadi, sekali gus membantu memberikan wajah lebih muda kepada mereka yang rajin mengamalkannya.
- Tomato mengandungi lapisan minyak semula jadi yang boleh digunakan sebagai penyegar semula jadi selepas kulit dicuci bersih.
- Menyapu tomato pada kulit membantu mencerahkannya secara semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya.
- Melembapkan kulit dan menjadikannya lebih berseri.Caranya: Campurkan jus tomato dengan madu dan minum setiap hari, anggaran 1 gelas.
- Jus tomato juga boleh disapu dan digosok menggunakan tangan dengan cara membulat. Ia dapat menyingkirkan sel kulit mati, seterusnya kulit menjadi lebih gebu dan cerah.
sumber: keratan akhbar metro
Komen manja memukau