Steamboat dan siakap tempoyak di Restoran Sisik buat ku angau.

Gigih sampai ke sini nak merasa steamboat. Hajat asal nak berjalan jalan cari makan, kebetulan asben balik kerja lewat, taknak ganggu dia. Jadi, ema berdua aje dengan noh-ensem.

Bila datang mood berjalan, sanggup ku redah sejam lebih perjalanan semata mata nak makan. Naik grab dari Kepong, lepastu naik KTM dari stesen KL Sentral ke stesen Shah Alam. 

Mujurlaa ada kawan dari Shah Alam, Pizah nak join makan sekali. Tak rancang pun nak jumpa. Jadi perjalanan tu lagi mudah sebab dia hantarkan ke Restoran Sisik betul betul depan GM Klang. Balik tu dia tolong hantarkan sampai ke rumah Kepong. Terima kasih. Sempat jumpa anak bujang dia nama Adam, rambut punya laa lebat. Kacak sungguh. 

Tulis panjang panjang sebenarnya nak cerita pasal tempat makan, bukan pasal kawan tadi tu. Hahah! OK sambung balik cerita pasal restoran.

Restoran Sisik Ikan Bakar dah ada sejak 6 tahun lepas. Cuma, nama asalnya ialah "Resepi Warisan Tok", femes dengan masakan melayu asli. Ini kerana pemilik restoran ni berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka. Habis semua darah dia sebat, patutlah masakan dia semua sedap belaka. 


Disebabkan datang nak rasa steamboat, maka itulah makanan pertama yang ema test paling awal. Boleh tahan sedap, puas hati menusuk di kalbu. Pedas dia, garam dia semua secukup rasa. Tetiber rasa lagi sedap dari Jones. Ehh. Cuma untuk tak tahan pedas tu, baik cuba sedikit demi sikit ye. Tomyam dia menyengat sampai telinga. Nahh belanja video sikit bawah ni:




Selain steamboat, banyak lagi menu berasaskan Makanan Laut antaranya ikar bakar berempah,  sotong bakar, pahat dan pelbagai jenis ikan bakar tempoyak. Bila kata tempoyak ni, selalu terbayang ikan patin kan? Tapi Restoran Sisik ni kreatif. Semua ikan boleh ditempoyakkan tau. Walaupun dah makan kat situ beberapa hari lepas, ema masih duk teringat ringat Siakap Masak Tempoyak dia.

Sorry daa, siakap tempoyak tak sempat amik gambar, sudah 'dikebumikan" dengan selamat. Hahaha. Tinggal talapia masak tempoyak kat gambar bawah ni je hah, pun sedap jugak.


Ohya, tak lupa jugak, diorang punya hot seller asam pedas resepi warisan, sedap sangat bila kapel dengan Nasi Lemak Buluh Perindu. Gandingan mantopp dua pasangan sejoli gittuw. Kenapa buluh perindu? Itu adalah nasi lemak yang dikukus dalam buluh. Bila makan, terasa rindu rinduan, jadi pastikan bila nak makan kat hidangan ni, datanglaa makan bersama dengan orang tersayang.

*Sempat lagi aku bagi khidmat nasihat. Hehehee



Memacam hado banyak lagi pilihan makanan. Rambang mata tau nak pilih masakan mana satu. Rasa dia sesedap rupa paras hidangan tau, jadi korangs sewajarnya feeling konfiden je bila order. Kalau nampak gambar 'macam sedap' tu memang bebetul sedap okke!








Bawah ni ada info lanjut, harap ema dapat membantu korang yang berhajat memenuhi selera makan kat Restoran Ikan Bakar Sisik:

Waktu Operasi:

8.00 pagi – 4.30 petang Masakan Melayu Asli  Menu utama Asam Pedas: menu pilihan Telor Ikan Mayong, Telor Sotong dan Siakap Pelbagai jenis lauk-pauk Masakan Asli Melayu

5.00 petang – 12.30 tengah malam Masakan (Makanan Laut)  Menu utama Asam Pedas: menu pilihan Telor Ikan Mayong, Telor Sotong dan Siakap Ikan bakar: Bakar Tempoyak (pais)        & Bakar Berempah Sotong Bakar Madu Daging Bakar

Lokasi dan Alamat: Berhadapan dengan GM Klang Wholesales City. No. 32 Jalan Kasuarina 1/ks7, Bandar Botanic, 41200, Klang, Selangor Darul Ehsan.

Facebook: Restoran Sisik
Whatsapp: 0192263004 atau 0162240474

6 comments:

  1. Teringat tempoyak dorang 😋 tapi steamboat tak sempat try. Nanti la repeat again...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu la, dok teringat lagi tempoyak dia, memang pekat. Sodap ya ampun!

      Delete
  2. Ikan tempoyak dia....... teringat2 smpai skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah wei, betul betul sedap. Ada rezeki insyaAllah makan sana lagi

      Delete
  3. Really super hot spicy seafood dishes! I sweat a lot to enjoy the delicious spicy food haha^^

    ReplyDelete
  4. berselera tgk menu-menunya... kak liez suka ikan bakarnya.. sedap sambal bakar tu.. nasi lemak pun best sbb wangi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.