Berimpian menjejakkan kaki di London? Ini dia 5 tips mesti baca.


Baru baru ni, ada seorang kenalan kongsikan moment indah sepanjang percutian di London. Nampak seronok betul, dengan pelbagai tempat menarik yang dia lawati. InsyaAllah andai ada rezeki, ema teringin nak jejakkan kaki disana.

London merupakan ibu negara England yang sangat terkenal dengan keunikannya yang tersendiri. Banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi ketika berada di London. Memang kalau pergi 5 ke 6 hari tu boleh dikatakan tak cukuplah untuk cover tempat-tempat menarik di London tu.

Namun tak dapat di nafikan kos untuk bercuti di sana agak tinggi, so kalau ada aim nak pergi sana boleh lah kumpul duit daripada awal. Terdapat banyak airline yang boleh kita pilih untuk ke London ni, antaranya boleh cuba book Qatar Airways Air tickets. Flight yang sangat selesa dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Banyak medium yang boleh kita guna untuk book flights to London online ni. Antara yang paling famous kat Malaysia adalah Traveloka. Tak kesah bercuti ke mana pun, Traveloka menyediakan medium yang sangat membantu kita menempah segala benda untuk travelling kita nanti. Hanya dengan satu website, semua hal boleh settle.

Untuk ke London, ada beberapa perkara yang ema rasa penting untuk kita take note daripada awal. Ini bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Antaranya adalah:

(1) Tukar duit awal
Di London, matawang yang kita guna adalah Pound Sterling. Pastikan kita menukar duit kita daripada Malaysia lagi sebab kebanyakan money changer di sana tidak menerima Ringgit Malaysia. Jadi tukarlah awal-awal ya. Banyak money changer yang menawarkan nilai pertukaran yang berbaloi antaranya Midvalley dan IOI City Mall. Cuba buang habit untuk tukar duit di airport sebab banyak kerugiannya nanti sebab perbezaannya agak ketara.



(2) Bawa makanan ready to eat
Ini benda yang paling penting kalau kita nak travelling dengan mengurangkan bajet untuk makanan since makanan di sana agak mahal. Yelah guna matawang Pound Sterling kan. Bila bawa makanan ready to eat ni bukan bermakna kita tak payah langsung beli makanan kat sana. Just ia boleh bantu kita berjimat. Mungkin sehari, sekali je makan makanan yang di jual di sana, atau sekali dalam tempoh 2 hari. Just untuk buat syarat dan memuaskan hati sendiri. Terdapat banyak jenis makanan ready to eat ni, yang paling murah dan berbaloi antranya adalah jenama Brahim. Nak lagi murah, terus beli direct di kilang dia memang jauh sangat beza dengan harga pasaran.



(3) Pocket wifi
Ema lebih galakkan menggunakan pocket wifi ni. Kalau pergi dalam group just sewa satu je, lepas tu share. Sangat berbaloi. Pocket wifi ni boleh je order awal atau sewa dekat KLIA nanti pun boleh. Ikut mana yang selesa. Internet ni tak dapat nak dipisahkan dengan kehidupan harian kita. Ia dah jadi macam keperluan kalau kita pergi travel. Nak online call kea pa senang. Tak perlu nak roaming lagi dah.


(4) Hotel dan Airbnb
Kalau dah ada planning awal nak ke London, sila lah tempah penginapan awal-awal. Takut nanti kalau beli last minute harga terlalu mahal dan rasa tak berbaloi. Ema lebih prefer untuk cari Airbnb sebab banyak benda yang mudah kalau dengan Airbnb ni. Selesa pun selesa. Kemudahan yang tersedia pun banyak. Kalau stay dekat Airbnb ni tak perlu bawa baju terlalu banyak, sebab kita boleh basuh. Kalau nak panaskan makanan ready to eat tadi pun senang kalau ada dapur dan microwave. So, boleh cuba cari Airbnb yang menyediakan mesin basuh, dapur, iron dan apa-apa kemudahan lain yang korang rasa penting. Namun, ni semua depends kat diri sendiri. Kalau korang selesa stay hotel, silakan. Ini Cuma pendapat peribadi ema.


(5) Waktu Travelling
Setiap negara ada masa-masa yang kos travelling nya agak mahal termasuk lah London. Kalau planning nak bercuti di London elakkan pergi masa musim perayaan dan cuti sekolah. Tak boleh nak nafikan kalau pergi waktu ni, memang kosnya tinggi berbanding kita pergi pada musim-musim biasa. Boleh cuba pergi dalam bulan 3 ke 4 atau 9 hingga 10. Kos ketika ini boleh dikatakan lebih berpatutan.


Diharap post kali ni, memberi idea dan mempermudahkan lagi perancangan kita. Bak kata pepatah "jauh perjalanan, luas permandangan", namun jika disertakan dengan perancangan rapi, sudah pasti kewangan kita juga terkawal. Dengan itu kita juga yang untung kerana setiap langkah menimba pengalaman baru itu lebih memuaskan hati.  

2 comments:

  1. Tq share tips. Harap ada rezeki lah jejak kota london ni

    ReplyDelete
  2. haih,, impian betullah nak jejak kaki dekat london..

    https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/notice-changing-blogger-e-mail.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.