Jelajah Barbie “You Can Be Anything” di taman tema Lost World of Tambun


Dalam masa beberapa hari saja lagi, cuti sekolah bakal tiba. Sunway Lost World of Tambun menyediakan tarikan terbaru Barbie dan Hot Wheels bermula 23 November hingga 31 Disember 2019.

Kali kedua menjejakkan kaki ke Sunway Lost World of Tambun! 
Festime datang sini, cuma bergambar dengan patung kucing kat pintu masuk taman tema. Setelah bertahun tahun kemudian, barulah ada rezeki datang semula ditemani Noah baby shayangg dan adik Lisa. Seronoknya!


Menginap di Hotel Sunway Lost World
Selesa sangat bermalam di bilik Twin Sharing kat hotel ni, dah la dekat jalan kaki lima minit dah sampai pintu masuk taman tema. Survey harga bilik kat Lost World Hotel boleh dapat serendah RM636. Bilik paling kecil pun boleh muat 3 hingga 4 orang dewasa tau. Jadi, boleh bayangkan tak tahap selesa dia camne? Memang selesa!


Pelancaran 'Awesome Holiday".
Jom cabar diri anda pada musim cuti sekolah ini dan bersedia untuk buat apa sahaja!  Lost World Of Tambun menjadi taman tema pertama yang bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie bagi meneroka kembali zaman kanak-kanak. Acara paling dinantikan ialah persembahan Barbie, lincah betul Barbie buat persembahan nyanyian dan tarian.




Teruja sungguh jumpa Barbie, teringat zaman kanak-kanak!
Masa kecik dulu, mama tukang jahit jadi ada lebihan kain, ema buat baju anak patung. Bila malas kemas, baju baju anak patung habis disapu dan dibakar. Lepas tu repeat untuk kali ke seratus kali. Hahahaa. Umur dah 30 pun masih ada patung Barbie tau. Ups kantoi. Sekarang dah sibuk main dengan anak, jadi Barbie simpan dalam laci je. 


Barbie – “You Can Be Anything” 
Tahniah Barbie sebab dah 60 tahun bagi inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis. Di Lost World Of Tambun, pengunjung boleh bergambar di rumah impian kerjaya Barbie dan meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’. Kanak-kanak akan terpesona dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Personakan anak-anak anda dengan ruang seni dan almari Barbie Khas buat mereka. Selain daripada ‘Meet and Greet’, anda juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie!





Hot Wheels – Challenge Accepted
Perhatian kepada pelumba, ada cabaran baru di bandar untuk anda ! Lost World Of Tambun membina trek lumba untuk Hot Wheels untuk para peminat Hot Wheels. Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Anda juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels. 



"Kerjasama dengan kedua-dua jenama terkenal ini, Barbie dan Hot Wheels bersama dengan taman tema Lost World of Tambun dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur", kata Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun. 

Bagi meraikan pelancaran kolaborasi ini bersama Mattels, Hot Wheels and Barbie akan berlangsung di Lost World Of Tambun Waterpark dari 23 November hingga 31 Disember 2019. 


Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja. 

Maklumat lebih lanjut mengenai Lost World Of Tambun Waterpark dan tunggangan terbarunya boleh didapati di sunwaylostworldoftambun.com.

3 comments:

  1. Yang rambut pink tu orang ke patung hiks!

    ReplyDelete
  2. Wahh menarik ada tarikan baru kat sini. Lagi seronok budak-budak sebab ada barbie dan hot wheels tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.