Kalau konsisten, kulit pasti licin! Juga bebas jerawat dan jeragat.


Nak cantik sebenarnya mudah saja, cuma kena rajin dan konsisten. Puan Norafiza Mahmud atau Cik Oya berkongsi rutin penjagaan kulit dengan kos murah tapi hasilnya Wow!

TIPS PENJAGAAN CIK OYA
- Wap muka guna air panas bersama lemon.
- Selain untuk kulit, proses ni bagus juga untuk hidung yang tersumbat, selsema, batuk.
- Lepas wap, picit picit liang roma. Nanti kotoran senang keluar.
- Lepas picit, cuba mask scrub yang Cik Oya kongsi ni, ikut keselesaan memasing.
- Scrub ini boleh buat 2 hari sekali jika perlu.

BAHAN BAHAN SCRUB
- 5 biji strawberry
- 1sudu beras di kisar halus
- 1 sudu yogurt
- 1 sudu olive oil

CARA BUAT SCRUB STRAWBERRY
- Bancuhkan semua bahan dan simpan di peti sejuk selama 30 Minit-1jam. Scrub yang sejuk dapat mengecilkan liang roma sekali.
- Tips pakai scrub: sapu rata ke seluruh bahagian muka dan biarkan 30 minit. Scrub lagi sekali sebelum cuci dengan air sejuk.

Semoga bermanfaat dan boleh diamalkan rutin cantik ini di hujung minggu. Aktiviti camni mampu memberi kesan yang positif kepada diri. InsyaAllah.



2 comments:

  1. wow scrub strawberry ! tak pernah dengar lagi nii

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba cara ni nanti. Fiza masalah blackhead paling susah nak hilang

    ReplyDelete

Powered by Blogger.