Royal Floria Putrajaya 2019 tak lama lagi, cepat tanda kalendar!

Baru baru ni ema dapat jemputan ke Majlis Pra Pelancaran sempena penganjuran Royal Floria Putrajaya (RFP) 2019 yang akan diadakan tak lama lagi. Bunga tema festival adalah orkid dan bonsai, sangat bersesuaian dengan tema tahun ni iaitu "Mother of All Gardens". 



RFP 2019 yang memasuki edisi ke-11 akan dianjurkan seperti berikut:

Lokasi : Taman Botani Putrajaya, Presint 1 
Tarikh : 31 Ogos hingga 8 September 
Waktu : 10 pagi hingga 10 malam  
Harga tiket : RM5 (dewasa), RM3 (OKU, warga emas serta kanak-kanak).
Pembelian tiket atas talian : http://ticket.smart.putrajaya.my



Imej Putrajaya sebagai 'Bandar Raya Berbunga' diharap dapat dikukuhkan lagi dengan festival sebegini. Tambahan pula, Perbadanan Putrajaya (PPj) mengambil inisiatif atas penganjuran festival ini bagi mengembangkan sektor pelancongan. Dalam masa yang sama, lebih banyak peluang perniagaan dalam industri hortikultur dan florikultur.

RFP 2019 akan menayangkan 1 juta kuntum bunga-bungaan dari pelbagai spektrum warna termasuk lebih 500 spesis orkid. Bukan tu je, lebih 100 koleksi bonsai, 79 pameran taman dengan pelbagai tema dan reka bentuk.





Para pengunjung juga boleh join 100 aktiviti pembelajaran, bengkel dan demontrasi perkebunan antaranya Floria Fun Run, Aerobicthon bertemakan 'Glow in the Dark', Floral Fashion Show, Garden Talk, gubahan bunga, masakan DiRaja, persembahan artis jemputan dan banyak lagi.

Ohya, ada 5 buah negara yang akan join festival ni iaitu Singapura, Thailand, Korea, Taiwan, Indonesia. Anggaran pengunjung sekita 500,000 orang sepanjang 9 hari festival ini berlangsung.

Penganjuran RFP 2019 mendapat sokongan padu dari Kementerian Wilayah, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Jabatan Landskap Negara.

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial di bawah:


Sekitar majlis Pra Perlancaran RFP 2019:










#royalfloria2019
#royalfloriaputrajaya2019
#tamanbotaniputrajaya
#motherofallgardens

2 comments:

  1. org yang suka bunga mmg kena datang kan.. kak liez suka gak bunga2 ni..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.